November 04, 2017

CURRENT / THE BRITISH ROYAL VISIT - DAY 2

🏵
SEMBAH hormat, Tuanku-tuanku.


👇🏽
– - –
1.
2. RELATED: ANTI-POACHING PROJECT BACKED BY CHARLES'S CHARITY ANNOUNCED AT WILDLIFE SUMMIT
3. RELATED: PERAK PULIHARA TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
4. RELATED: ST. MARY'S CATHEDRAL HOSTS BRITISH ROYALTY AGAIN, AFTER 19 YEARS
5. RELATED: PUTERA CHARLES HARGAI USAHA CWGC URUS PERKUBURAN PERANG TAIPING
6. RELATED: CAMILLA MELAWAT RUMAH KEBAJIKAN KANAK-KANAK
7. RELATED: IN PICTURES: CHARLES AND CAMILLA TOUR MALAYSIA
– - –

PUTERA CHARLES, CAMILLA MENGHADAP SULTAN NAZRIN

REPORTED BY SINAR HARIAN

KUALA KANGSAR, November 4, 2017 – 
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim bersama Prince of Wales Putera Charles dan Duchess of Cornwall Camilla Parker Bowles ketika bergambar bersama kerabat diraja Perak di Istana Iskandariah hari ini.
Photo: BERNAMA
Putera Charles, Prince of Wales dan isteri baginda, Camilla, Duchess of Cornwall, hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini. 
Terdahulu, Camilla, yang memakai blaus berwarna hijau teal dan berseluar panjang putih, tiba pada jam 1.40 petang dan disambut oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. 
Putera Charles, yang juga pewaris takhta Britain, tiba kira-kira sejamdan 20 minit kemudian dengan menaiki helikopter selepas mengunjungi Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel (CWGC) di Tanah Perkuburan Taiping di sini, hari ini. 
Semasa pertemuan kira-kira 30 minit di Bilik Menghadap, Istana Iskandariah itu, Sultan Nazrin turut meraikan pasangan diraja itu dalam sesi minum petang. 
Lawatan rasmi pertama Putera Charles dan Camilla ke Malaysia adalah sebahagian daripada lawatan pasangan diraja itu ke Asia yang turut merangkumi Singapura dan India mulai 30 Oktober hingga 9 November
Sebelum ini, beberapa kerabat diraja British pernah mengunjungi Malaysia termasuk Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh yang menghadiri pembukaan rasmi Sukan Komanwel Ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan lawatan Putera William dan Kate Middleton, iaitu Duke and Duchess of Cambridge, pada September 2012.
('Putera Charles, Camilla Menghadap Sultan Nazrin.' – Sinar Harian, November 4, 2017)


– - –
1. PUTERA CHARLES, CAMILLA MENGHADAP SULTAN NAZRIN
2.
3. RELATED: PERAK PULIHARA TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
4. RELATED: ST. MARY'S CATHEDRAL HOSTS BRITISH ROYALTY AGAIN, AFTER 19 YEARS
5. RELATED: PUTERA CHARLES HARGAI USAHA CWGC URUS PERKUBURAN PERANG TAIPING
6. RELATED: CAMILLA MELAWAT RUMAH KEBAJIKAN KANAK-KANAK
7. RELATED: IN PICTURES: CHARLES AND CAMILLA TOUR MALAYSIA
– - –

ANTI-POACHING PROJECT BACKED BY CHARLES'S CHARITY ANNOUNCED AT WILDLIFE SUMMIT
Support for the initiative has also come from the Duke of Cambridge’s wildlife conservation charity.

REPORTED BY BELFAST TELEGRAPH
British forces will train Malaysians in anti-poaching techniques to help protect endangered wildlife species like the tiger, the UK’s High Commissioner to the country has announced. 
The counter-poaching specialists – who have worked in Africa – will next year teach groups like rangers how to track down poachers over great distances and long periods of time. 
The Prince of Wales’s charitable body supported the project financially when it was in its infancy and Charles attended a conservation summit in Malaysia where High Commissioner Vicki Treadell made the announcement. 
Support for the initiative has also come from the Duke of Cambridge’s wildlife conservation charity, Tusk Trust, which William supports closely as royal patron, and has given funds to the scheme. 
Charles had the chance to see the sort of habitat Malayan tigers live in when he was taken on a boat trip in the Royal Belum State Park, in northern Malaysia, where the conference was held. 
Wearing a life jacket over his cream suit, the Prince’s boat, also carrying his entourage, sped over rainforest-fringed Lake Temenggor for 45 minutes
Charles during a visit to the Belum Rainforest Reserve in Malaysia 
Photo: Arthur Edwards/PA

Speaking briefly at the end of the summit, Ms Treadell told delegates: “I’m pleased to announce, albeit a small sum, we have identified an initial £30,000 or 165,000 ringgit – depending on the rate of exchange – to develop some capacity building programmes working across Malaysia.” 
She added: “The other commitment that we will make today is that we will bring British military anti-poaching training expertise to Malaysia next year to run some training of anti-poaching
Of course we will do it here in Belum but we also hope to take it to other parts of Malaysia. That is our commitment to take the work that flows from this summit forward.” 
The numbers of Malayan tigers have fallen by around half to just 250 animals during an 11-year period to 2014 – but global figures for the big cats have increased by 700, from 2010-16, to 3,900. 
The British Army’s project to train countries in anti-poaching skills has been piloted in Malawi during the summer. 
Commanders see the initiative as a way of enhancing soldiers’ tracking skills which have not been needed in conflicts in Afghanistan and Iraq. 
Charles listened to the conclusion of the two-day conference where wildlife conservation groups and government and state organisations pledged to increase their efforts to safeguard a range of habitats from coral reefs to rainforests in the region. 
During his tour of the park’s lake, Charles was ferried to and from the motor boat in a golf buggy – complete with yellow curtains – and was joined by the High Commissioner and others. 
The Sultan of Perak, who like the Prince has a keen interest in the environment, was among the group as the Royal Belum State Park lies within his state. 
Charles and Camilla had tea earlier with the Sultan, who is Malaysia’s deputy Agong or King, at his lavish palace Istana Iskandariah in the royal town of Kuala Kangsar. 
Royals gifts were exchanged with the Prince given artwork and the Duchess a large silver water flask, while Charles gave the Malaysian ruler two sets of table mats featuring his watercolours. 
The heir to the throne, who is on an 11-day tour of south-east Asia and India, had travelled from the capital Kuala Lumpur by helicopter and returned to the city as the hot and humid conditions turned to a heavy downpour.
– - –
1. PUTERA CHARLES, CAMILLA MENGHADAP SULTAN NAZRIN
2. RELATED: ANTI-POACHING PROJECT BACKED BY CHARLES'S CHARITY ANNOUNCED AT WILDLIFE SUMMIT
3.
4. RELATED: ST. MARY'S CATHEDRAL HOSTS BRITISH ROYALTY AGAIN, AFTER 19 YEARS
5. RELATED: PUTERA CHARLES HARGAI USAHA CWGC URUS PERKUBURAN PERANG TAIPING
6. RELATED: CAMILLA MELAWAT RUMAH KEBAJIKAN KANAK-KANAK
7. RELATED: IN PICTURES: CHARLES AND CAMILLA TOUR MALAYSIA
– - –
PERAK PULIHARA TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
REPORTED BY BERITA HARIAN

GERIK, November 4, 2017 – 
Putera Charles menziarahi 'Commonwealth War Graves Commission' hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Putera Charles dan isteri dalam lawatan rasmi selama enam hari ke Malaysia turut melibatkan lawatan ke beberapa negeri.

Photo: BERNAMA
Kerajaan Perak akan melaksanakan lima inisiatif untuk memulihara Taman Negeri Royal Belum di sini, dalam usaha mengekalkan pemuliharaan pembangunan alam sekitar termasuk menjadikan Kompleks Hutan Belum, sebagai kawasan penempatan utama harimau di negara ini. 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan negeri juga akan memastikan jaringan hubungan kompleks itu dengan landskap Taman Negara yang lebih baik melalui rangkaian saling berkaitan dengan kawasan hutan dilindungi, hutan simpan dan koridor untuk survival jangka panjang harimau di Semenanjung Malaysia. 
Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan Taman Negeri Royal Belum dan kawasan sekitar Hutan Simpan Kekal dikendalikan dengan mapan untuk pemuliharaan harimau dengan menempatkan sekurang-kurangnya tiga anggota penguatkuasa bagi setiap 10,000 hektar serta memperoleh akreditasi Pemuliharaan Standard Harimau (CATS) untuk Taman Negeri Royal Belum. 
"Kita juga ingin menubuhkan Pasukan Tindakan Khas yang serba lengkap bagi mencapai sifar pemburuan haram di Belum menjelang 2020. 
"Selain itu, kerajaan negeri juga akan membantu meningkatkan dana sehingga RM100 juta menjelang 2025 bagi pemuliharaan harimau di Malaysia," katanya dalam Deklarasi Royal Belum pada Sidang Kemuncak Pemuliharaan WWF di sini. 
Putera Charles, Prince of Wales, dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, masing-masing berangkat ke taklimat mengenai sidang kemuncak tersebut. 
Zambry berkata, kerajaan negeri juga berjanji akan bekerjasama rapat dengan semua entiti termasuk sektor swasta, orang ramai, rakyat Malaysia yang prihatin, bersama-sama dengan kerajaan, organisasi dan aktivis pemuliharaan dari seluruh dunia bagi memastikan aspirasi Perak itu menjadi kenyataan. 
"Kami menyokong pernyataan dibuat Duli Yang Teramat Mulia (Putera Charles) bahawa tugas paling sukar adalah mengubah komitmen seperti dibuat pada tahap sangat tinggi kepada tindakan di lapangan. 
"Tiada erti mengalah, jika kita mahu menyelamatkan spesis terancam yang bukan sahaja merugikan kita semua, tetapi juga mendedahkan habitat ditinggalkan haiwan itu kepada risiko kemusnahan lebih besar, yang boleh mengancam kepada manusia," katanya. 
Kunjungan Putera Charles dan isteri baginda Camilla, Duchess of Cornwall, ke negara ini adalah sebahagian daripada rangka lawatan 11 hari pasangan diraja itu ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Oktober hingga 9 November
Kerabat diraja British yang pernah melawat Malaysia sebelum ini ialah Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh bagi menghadiri upacara perasmian Sukan Komanwel Ke-16 di Kuala Lumpur pada 1998 dan Putera William, Duke of Cambridge dan isteri Kate Middleton, Duchess of Cambridge, pada September 2012.
('Perak Pulihara Taman Negeri Royal Belum.' – Berita Harian, November 4, 2017)


– - –
1. PUTERA CHARLES, CAMILLA MENGHADAP SULTAN NAZRIN
2. RELATED: ANTI-POACHING PROJECT BACKED BY CHARLES'S CHARITY ANNOUNCED AT WILDLIFE SUMMIT
3. RELATED: PERAK PULIHARA TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
4.
5. RELATED: PUTERA CHARLES HARGAI USAHA CWGC URUS PERKUBURAN PERANG TAIPING
6. RELATED: CAMILLA MELAWAT RUMAH KEBAJIKAN KANAK-KANAK
7. RELATED: IN PICTURES: CHARLES AND CAMILLA TOUR MALAYSIA
– - –

ST. MARY'S CATHEDRAL HOSTS BRITISH ROYALTY AGAIN, AFTER 19 YEARS

REPORTED BY MALAY MAIL ONLINE

KUALA LUMPUR, November 4, 2017 —

Prince of Wales Prince Charles (front left) and the Duchess of Cornwall Camilla Parker Bowles visit the St Mary's Cathedral in Kuala Lumpur November 4, 2017.
Photo: BERNAMA

After 19 years, the St. Mary's Cathedral near Dataran Merdeka in Jalan Raja today hosted a visit by British royalty.

Prince Charles, the Prince of Wales, and his wife Camilla, the Duchess of Cornwall, visited the Anglican church as part of their ongoing seven-day maiden visit to Malaysia.

The last time that the church hosted a visit by a member of the British royalty was in 1998 when Her Majesty Queen Elizabeth II paid a visit when she attended the official opening of the 16th Commonwealth Games in Kuala Lumpur.

The Queen had also visited the church in 1989 during the Commonwealth Heads of Government Meeting in Kuala Lumpur.

Prince Charles and Camilla arrived at the church at 10.10 am in a heavy drizzle and were welcomed by Archbishop Datuk Ng Moon Hing.

Their Royal Highnesses were accompanied by minister-in-attendance Datuk Seri SK Devamany, who is deputy minister in the Prime Minister’s Department.

The royal visitors attended the 40-minute church service and then met church members and several staff of the British High Commission who were also present.

Prince Charles and Camilla signed the guest book before leaving.

Archbishop Ng told Bernama later that the church members were delighted and excited over the visit by the Prince of Wales and the Duchess of Cornwall.

He said he showed Prince Charles the plaque commemorating the visit of Queen Elizabeth II in 1989 and he said he remembered that visit.

The visit of Prince Charles and Camilla to Malaysia is part of a 11-day tour of Their Royal Highnesses to Singapore, Malaysia and India from October 30 to November 9.

('St. Mary's Cathedral Hosts British Royalty Again, After 19 Years.' – Malay Mail Online, November 4, 2017)


– - –
1. PUTERA CHARLES, CAMILLA MENGHADAP SULTAN NAZRIN
2. RELATED: ANTI-POACHING PROJECT BACKED BY CHARLES'S CHARITY ANNOUNCED AT WILDLIFE SUMMIT
3. RELATED: PERAK PULIHARA TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
4. RELATED: ST. MARY'S CATHEDRAL HOSTS BRITISH ROYALTY AGAIN, AFTER 19 YEARS
5.
6. RELATED: CAMILLA MELAWAT RUMAH KEBAJIKAN KANAK-KANAK
7. RELATED: IN PICTURES: CHARLES AND CAMILLA TOUR MALAYSIA
– - –

PUTERA CHARLES HARGAI USAHA CWGC URUS PERKUBURAN PERANG TAIPING

REPORTED BY BERNAMA

TAIPING (BERNAMA), 4 November, 2017 – 
Photo: BERNAMA

Putera Charles hari ini melahirkan penghargaan baginda terhadap pasukan pengurusan Suruhanjaya Perkuburan Perang Komanwel (CWGC) atas kejayaan menguruskan dan mengekalkan Tanah Perkuburan Perang Taiping atau Taiping War Cemetery di sini. 
Pengurus Negara CWGC G.Ghobu berkata Prince of Wales melahirkan penghargaan itu semasa mengunjungi tanah perkuburan itu yang merupakan sebahagian daripada atur cara lawatan rasmi pertama selama tujuh hari pewaris takhta Britain itu dan isteri baginda, Camilla, Duchess of Cornwall, ke Malaysia. 
"Baginda bertitah baginda benar-benar menghargai apa yang telah dilakukan mengikut keupayaan kita bagi mengekalkan dengan begitu baik tanah perkuburan itu dan melahirkan rasa keprihatinan baginda untuk mengetahui jika wujud sebarang masalah bagi menguruskan tanah perkuburan itu. 
"Kami daripada CWGC amat berbangga dengan lawatan Putera Charles dan berasa gembira dapat berbual sendiri dengan baginda," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 
Putera Charles tiba di tanah perkuburan itu, yang menjadi tempat persemadian anggota tentera yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu, pada kira-kira 1.20 tengah hari dengan menaiki sebuah limosin berwarna gelap. 
Baginda diiringi menteri pengiring Datuk Seri S.K. Devamany, yang juga timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 
Pewaris takhta Beritain itu kemudian berjalan ke tanah perkuburan Orang Islam dan Buddha sebelum baginda meletakkan karangan bunga di batu peringatan dan bertafakur. 
Baginda yang memakai sut berwarna kuning muda turut mengunjungi tanah perkuburan Kristian yang terletak di tempat yang berbeza sebelum meletakkan karangan bunga Cross of Sacrifice dan menundukkan kepala baginda sebelum bertakafur sebagai tanda penghormatan ke atas mereka. 
Putera Charles juga diperkenalkan kepada pengurus dan kakitangan CGWC yang menguruskan tanah perkuburan itu sebelum baginda mengadakan pertemuan dengan Persatuan Veteran Malaya dan Borneo di bawah khemah berdekatan tanah perkuburan itu selama kira-kira setengah sejam. 
Putera Charles kemudian menandatangani buku pelawat sebelum menaiki helikopter untuk majlis menghadap dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.


– - –
1. PUTERA CHARLES, CAMILLA MENGHADAP SULTAN NAZRIN
2. RELATED: ANTI-POACHING PROJECT BACKED BY CHARLES'S CHARITY ANNOUNCED AT WILDLIFE SUMMIT
3. RELATED: PERAK PULIHARA TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
4. RELATED: ST. MARY'S CATHEDRAL HOSTS BRITISH ROYALTY AGAIN, AFTER 19 YEARS
5. RELATED: PUTERA CHARLES HARGAI USAHA CWGC URUS PERKUBURAN PERANG TAIPING
6.
7. RELATED: IN PICTURES: CHARLES AND CAMILLA TOUR MALAYSIA
– - –

CAMILLA MELAWAT RUMAH KEBAJIKAN KANAK-KANAK

REPORTED BY BERNAMA

KUALA LUMPUR (BERNAMA), November 4, 2017 – 
Photo: BERNAMA 
Hujan gerimis hari ini tidak mematahkan semangat kanak-kanak yang begitu sabar menanti ketibaan Camilla, Duchess of Cornwall di Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar, di sini. 
Wajah 70 kanak-kanak kurang bernasib baik itu berubah ceria sebaik sahaja baginda tiba pada kira-kira 11.05 pagi dengan berpakaian hijau pudina dan putih dengan memegang payung. 
Ketibaan Camilla disambut pengetua Lighthouse, Steven Silvaraju dan Jacinta Steven.
Baginda kemudiannya mendengar taklimat mengenai The Lost Food Project (TLFP), sebuah badan bukan berasaskan keuntungan, daripada pengasasnya Suzanne Mooney sebelum bertemu dengan benefisiari rumah kebajikan itu. 
Duchess of Cornwall itu kemudiannya bermesra dengan kanak-kanak berkenaan dan melibatkan diri dalam beberapa aktiviti bersama mereka sebelum menghidangkan makan tengah hari berupa nasi putih, kari ayam dan kobis goreng. 
Mooney yang ditemui pemberita kemudiannya berkata Lighthouse merupakan satu daripada 50 badan kebajikan yang disokong TLFP di Lembah Klang. 
TLFP bertindak mengumpul makanan dari pasar raya dan pengilang di seluruh negara sebelum mengedarkannya kepada mereka yang memerlukan. 
Baginda begitu berminat dengan persekitaran dan melahirkan pandangan tentang keperluan menyediakan makanan untuk kanak-kanak itu. 
"Baginda memberitahu saya bahawa beliau sangat kagum dan teruja dengan inisiatif yang diambil Malaysia. Baginda sangat suka berbual dengan kesemua kanak-kanak, baginda suka dengan budaya dan negara ini, dan telah melalui pengalaman yang bermakna hari ini," katanya. 
Menurut Steven, cucunya Ariana Shine Lewis telah menghadiahkan kepada baginda seutas gelang tangan dan baginda gembira menerimanya. 
Kanak-kanak tersebut turut menghadiahkan kepada baginda, lukisan burung merak yang mereka hasilkan sendiri menggunakan ibu jari dan sebuah buku skrap. 
Putera Charles, Prince of Wales dan Camilla tiba di sini pada Khamis untuk lawatan rasmi pertama ke Malaysia bersempena ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom. 
Lawatan ke Malaysia ini merupakan sebahagian daripada lawatan pasangan diraja itu ke Singapura, Malaysia dan India mulai 30 Oktober lepas hingga 9 November ini, bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Britain dan Asia.
('Camilla Melawat Rumah Kebajikan Kanak-Kanak.' – BERNAMA, November 4, 2017)


– - –
1. PUTERA CHARLES, CAMILLA MENGHADAP SULTAN NAZRIN
2. RELATED: ANTI-POACHING PROJECT BACKED BY CHARLES'S CHARITY ANNOUNCED AT WILDLIFE SUMMIT
3. RELATED: PERAK PULIHARA TAMAN NEGERI ROYAL BELUM
4. RELATED: ST. MARY'S CATHEDRAL HOSTS BRITISH ROYALTY AGAIN, AFTER 19 YEARS
5. RELATED: PUTERA CHARLES HARGAI USAHA CWGC URUS PERKUBURAN PERANG TAIPING
6. RELATED: CAMILLA MELAWAT RUMAH KEBAJIKAN KANAK-KANAK
7.
– - –

IN PICTURES: CHARLES AND CAMILLA TOUR MALAYSIA
The Royal couple are on an 11-day tour of south-east Asia.

REPORTED BY JERSEY EVENING POST

The Prince of Wales (left) meets His Royal Highness Sultan Nazrin Shah of Perak, Deputy Agong of Malaysia, at his official residence, the Istana Iskandariah, in the royal town of Kuala Kangsar, Malaysia during his 11-day autumn tour of Asia.Photo: Jersey Evening Post
The Duchess of Cornwall meets Zara Salim Davidson the wife of His Royal Highness Sultan Nazrin Shah of Perak.Photo: Jersey Evening Post
[More photos to come.]

('In Pictures: Charles and Camilla Tour Malaysia.' – Jersey Evening Post, November 4, 2017)


👋🏽
– - –
The NINE QUESTIONS Blog will return with more facts.
– - –